Tuesday, January 31, 2012

Amalan Ibu Mengandung




Untuk post yang pertama, ummi ingin kongsikan amalan yang ummi lakukan semasa mengandungkan Arief dan amalan yang ummi jumpa di blog lain yang ummi rasa amat sesuai dijadikan amalan bagi ibu mengandung.

Amalan yang ummi lakukan semasa mengandung;

Di tempat kerja
  • Dengar bacaan surah-surah di Al-Quran Exporer tertentu iaitu Yusuf, Mariam dan Luqman di pejabat sambil membuat tugasan/semasa rehat di pejabat/ selepas siapkan semua tugasan.
Di rumah
  • Perbanyakkan makan buah-buahan. ummi selalu makan buah delima,betik atau jambu.
  • minum air soya(pengganti susu sbb ummi xminum susu)/air pondok (dibaca ayat Al-quran)/air zam-zam
  • amalkan berzikir
  • buat solat sunat. lepas isya' terus solat sunat witir 1 rakaat pun ok kalau xlarat.kalau rajin buat solat witir 3 rakaat dan solat hajat terus pastu baru tidur.
  • semasa nak tidur pasang surah-surah/zikir yang kita nak dengar. ummi record surah tertentu (al-mulk, mariam, luqman dan yusuf)letak dalam handphone atau download zikir2 pilihan (penenang hati, zikir munajat, taubat,dll) di youtube.

Amalan-amalan yang amat sesuai dipraktikan untuk ibu mengandung selain amalan yang ummi lakukan di atas;

-http://www.ustaznoramin.com

• Isteri dan suami membaca Al-Quran pada waktu subuh dan selepas solat maghrib (khatam 30 juzuk sebelum bersalin)
• Pasang CD bacaan ayat Al-Quran, nasyid, ceramah ketika masa tidur, bersantai di rumah, melakukan kerja rumah dan sebagainya.
• solat berjamaah bersama
• Bekalkan isteri dengan kurma, kismis, kacang badam, madu asli,air 30 juzuk produk Tok Guru),dan air Yassin.

-http://komuniti.iluvislam.com/topic/14950-majalah-i-persediaan-untuk-mendapatkan-anak-soleh-solehah/

Mengamalkan pemakanan yang sihat sepanjang tempoh kehamilan. Antaranya :
• Telur– Kaya protein.
• Ikan Salmon – Kaya sumber Omega-3
• Kekacang– Tinggi serat dan protein.
• Keledek– Sumber vitamin A, C, folat dan serat.
• Bertih jagung atau sebarang biji-bijian– Tinggi nutrien dan serat, vitamin E, selenium serta phytonutrient.
• Kacang walnuts – Kaya sumber Omega-3 (sebagai pengganti bagi yang tidak menggemari ikan atau telur.
• Yogurt – Sumber kalsium.
• Sayuran Berdaun Hijau – Kaya dengan sumber vitamin serta nutrien termasuklah vitamin A, C, K dan folat.

- Amalan ibu sebelum, semasa, dan selepas mengandung dari us. Siti Nor Bahyah Mahamood. Surah-surah yang dikhususkan baca oleh ustazah;

• Surah al-Fatihah – Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan
• Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
• Surah Luqman – Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.
• Surah Yusuf – Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.
• Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati
• Surah Yaasin – untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
• Surah Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
• Surah an-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.

0 comments:

Post a Comment